Tuesday 19 January 2016

3 Konsep Ringkas Rezeki



Kali ini aku ingin berkongsi tentang pembahagian rezeki berpandukan Al-Quran. Rezeki ini memang rahsia sulit milik Allah Taala. Selagi Allah tak reveal pada korang, korang memang tak layak untuk mengetahuinya. Tapi biasalah, kita ni manusia. Sudah memang sifat manusia ingin tahu tentang pelbagai perkara. Kalau boleh segala pekerjaan dan tindakan Allah di masa lalu, kini dan masa depan pun kita mahu tahu. 

Kita menerima rezeki melalui 3 cara, iaitu:

  1. Rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, sepertimana yang dijelaskan dalam ayat berikut:

    Hūd:6 - "Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).".
  2. Rezeki yang tidak disangka.

    Aţ-Ţalāq:2-3 : "...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)."
  3. Rezeki melalui usaha kita.

    An-Najm:39 - Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.".

    Lebih banyak usaha kita, lebih banyak hasil kita akan dapat. Di samping itu, kita mesti banyak berdoa kepada Nya, juga perbanyakkan zikir kepada kepada Nya agar segala urusan dipermudahkan dan mendapat kelancaran rezeki.

Kenapa korang wajib tahu konsep ringkas rezeki ini? Okay, mudah saja. Nak minta pada Allah, mestilah minta benda yang kita sedia maklum dan tahu. Allah maha mengetahui isi hati kita semua, tetapi menyatakan sesuatu hajat kita dengan cukup detailed dan memberikan maklumat info akan menampakkan yang kita memang sangat memerlukan pertolongan Allah. 

Dey, lu mau mintak tolong tapi lu sendiri tak bagi butiran info detail, siapa mau tolong lu? Nampak sangat lu main-main masa mau mintak tolong, kan? Kalau korang bagi complete info dan details, memang korang akan dapat pertolongan. Gerenti. Kerana apa yang korang buat itu menunjukkan betapa bersungguh-sungguhnya korang dalam memohon pertolongan. 

Jadi bab doa mohon hajat ini korang jangan main-main. Jika berdoa, berdoalah dengan sangat bersungguh-sungguh. Itu tanda korang berserah diri secara bulat kepada Allah, tanpa sebarang was-was di hati.

Friday 15 January 2016

Jangan Ikut Orang!



Kita selalu terbaca cerita orang-orang berjaya, sama ada di surat khabar atau di Internet. Tak kisah lah di blog ke, laman web ke, Facebook ke, Twitter ke. Macam-macamlah. Dan kita selalu terdorong untuk menjadi seperti mereka.

Jangan tipulah kalau kau pun nak jadi berjaya, banyak duit, mampu beli Porsche Ferrarri bagai, pergi melancong ke sini sana, sama seperti mereka. Semua ini memang sudah lumrah naluri kita sebagai manusia. Tak kurang jugak, ada orang nak jadi wali. Hahaha.

Aku tak halang. Mengambil kejayaan orang lain sebagai inspirasi kita memang sangat digalakkan. Jujur cakap, aku nak jadi macam Abdul Rahman ibn' Auf. Aku tengok bersepah orang minta sedekah sana-sini. Masa aku tak ada duit dulu, aku hanya mampu pandang mereka, bergenang air mata dan doakan untuk kesejahteraan mereka. Terasa hati beb. Aku tak nak tengok orang Islam kita jadi daif dan miskin tapi tiada siapa yang sudi membantu mereka. Islam jenis apakah kita kalau saudara sendiri merempat tepi jalan dan kita sanggup biarkan mereka dalam keadaan macam tu?

Tapi aku sedar, aku tak boleh tiru 100% apa yang sesetengah orang buat sehingga mereka berjaya. Sama juga seperti bisnes Internet.

Kau tak boleh tiru kesemuanya. Daripada pemilihan produk, gerak kerja, teknik, ilmu dan pengetahuan expert sehinggalah kepada nasib baik mereka. Outcome kita memang akan berbeza. Ini adalah kerana experience korang berbeza. Kau ada pengalaman yang berbeza dengan aku, aku pun berbeza dengan dia, begitulah ceritanya.

Ada orang pandang Facebook sebagai medan berbalah debat. Ada orang pandang sebagai port luah perasaan. Ada orang pandang sebagai lubuk duit. Begitulah berbezanya pandangan dan pengalaman setiap orang.

Jadi, apa yang korang wajib terapkan dalam minda korang adalah kreativiti. Korang dapat saja ilmu baru, pandai-pandailah korang sesuaikan ilmu yang korang dapat itu dengan keadaan korang. Cari penyelesaian mengikut keadaan dan situasi. Ilmu adalah guide korang, tetapi selebihnya terletak pada kreativiti dan pengalaman korang.

So, conclusionnya.. janganlah korang cepat-cepat salahkan penjual jika ilmu yang mereka maharkan itu tidak berapa berkesan untuk korang padahal ianya sangat berkesan untuk orang lain. Ilmu tetap ilmu, ianya datang dari Allah. Tapi cara penggunaannya, korang yang kena decide kerana korang ada akal. Kalau korang salahkan ilmu yang diberi, bermakna korang secara tak langsung menghina keupayaan akal korang sendiri. Jangan beb, nanti kufur nikmat.

Ada faham?

End of the story, jangan ikut membabi buta. Pandai-pandailah menilai dan decide apa yang terbaik untuk korang.

Tuesday 12 January 2016

Jenis-Jenis Perniagaan Internet



Serius, benda ni memang sangat banyak kalau kita nak kupas satu per satu. Setiap cabang menjanjikan pulangan yang sangat lumayan kalau buat betul-betul siap dengan knowledge yang gempak dan strategi yang mantap.

Samalah macam setiap seni mempertahankan diri di dunia ni. Korang nak kata silat paling hebat? Tak boleh. Ada yang boleh kalahkan Silat. korang nak kata Muay Thai lagi power? Tak boleh, sekali aku perapat korang dan bagi buah pukul maut, korang gerenti mati. Korang nak kata MMA power? Tak boleh jugak bro, aku cuma hayun siku buah Muay Thai je atas kepala korang untuk bunuh korang. Nak kata Jiujitsu, Sambo power? Aku bagi kunci maut je, memang bye-bye lah korang.

Jadi apa yang paling power sebenarnya? Segala jenis perniagaan Internet adalah power dalam cara mereka yang tersendiri. Samalah seperti seni mempertahankan diri. Segala seni adalah power dalam cara mereka tersendiri.

Tapi yang membezakan antara power tak power itu adalah pengamalnya sendiri. Perniagaan Internet pun sama. Kalau kau main Adsense tapi tak power berbanding kawan kau, jangan kau kata Adsense tu tak power. Kau kena akui yang kau tak power dan perlu belajar lebih ilmu.

Jadi perniagaan Internet, setakat mana yang aku tahu adalah :


  1. Affiliate - promosi produk orang lain dan beroleh komisyen dari setiap jualan yang korang hasilkan. Penghantaran dan proses jual-beli akan diuruskan oleh pemilik produk. Korang cuma promosikan produk mereka ke khalayak ramai.
  2. Produk sendiri - Korang reka cipta produk korang sendiri dan pasarkan ke umum melalui Internet sebagai medan pemasaran utama korang. Penghantaran dan proses jual beli akan diuruskan oleh korang sendiri.
  3. Dropship - Korang jual barangan kilang. Korang dapat produk dalam harga borong, dan korang tetapkan harga yang korang mahu serta keuntungan yang korang mahu. Penghantaran dan proses purchase (jual-beli) diuruskan oleh syarikat kilang. Korang cuma ambil order dan forwardkan pada kilang saja.
  4. PPL - Pay Per Lead. Korang cuma bawa prospek ke laman web penjual produk dan anda akan dapat upah. Servis Solo-Ads termasuk dalam cabang ini.
  5. PPC - Pay Per Click. Korang cuma perlu tarik perhatian sesiapa saja untuk click link ke laman web pengusaha produk yang mengupah anda. Sama ada prospek nak beli atau tidak, itu sudah bukan urusan anda. Adsense termasuk dalam rangkaian bisnes ini.
  6. Freelance - Anda menawarkan perkhidmatan mengikut spesifikasi yang diberikan oleh orang yang mengupah perkhidmatan anda. Tak kisahlah apa jenis perkhidmatan sekalipun, daripada perkhidmatan upah buat grafik sehinggalah ke servis pembuatan laman web. 
Ini saja setakat perniagaan Internet yang saya tahu. Jujur cakap, ada banyak lagi perniagaan Internet yang saya tak tahu dan saya tak berani nak cerita. Contohnya seperti urusan saham online, Forex dan sebagainya. Tak berani nak cerita kerana saya tiada pengetahuan dalam hal-hal seperti itu. 

Saya cuma tumpukan pada Affiliate dan Freelance works saja. Buat main-main pun Alhamdulillah boleh dapat RM2,000 ke atas sebulan. 

Korang apa macam?

Friday 8 January 2016

17 Tips Memilih Perniagaan Internet



Aku tak suka bagi banyak-banyak point. Kenapa? Takut korang jadi pening. Overload info. Keras otak korang nanti.

Jadi korang kena bersabar dengan aku. Kerana guru aku pernah cakap, "Belajar ilmu tasawwuf bukannya hari tu belajar, hari tu dah boleh jumpa Allah Taala. Ada orang 10 tahun pun masih belum kenal diri lagi. Sikap gopoh itulah yang disukai oleh syaitan.". Dan bukan setakat ilmu akhirat, tapi ilmu dunia pun sama. Jadi korang kena terapkan sikap bersabar dan laju bertindak apabila sampai masanya. And this applies to you non-Muslims as well.

So, hari ini kita akan bersembang tentang 17 cara memilih perniagaan internet. Nak memilih perniagaan internet bukannya senang. Korang kena buat homework, bukan main pilih ikut suka suki korang je.

17 Cara Memilih Perniagaan Internet


  1. Senaraikan bisnes yang kita minat, suka dan sanggup lakukan walaupun tidak dibayar lagi.
  2. Mulakan pilihan dengan mohon terus pada Allah dalam doa dan solat hajat mohon perniagaan yang berkat dan terbaik untuk kita membantu lebih ramai orang.
  3. Pilih bisnes yang mempunyai permintaan dan dapat menyelesaikan masalah pelanggan.
  4. Pilih bisnes yang telah terbukti ramai yang berjaya melakukannya.
  5. Pilih SATU sahaja bisnes yang paling mudah, cepat dan boleh dikembangkan lebih besar (scalable).
  6. Bagi yang bekerja, mulakan bisnes secara part-time sebelum full-time. Ambil pengalaman terlebih dahulu.
  7. Pilih SALAH SATU daripada 3 kategori bisnes kita : menjual produk sendiri, menjual produk orang lain atau menyediakan servis/perkhidmatan.
  8. Pilih salah satu atau kedua-dua medium offline atau online.
  9. Mulakan bisnes secara kecil sebelum besar.
  10. Pilih bisnes yang modal permulaan sedikit, sederhana dan tidak terlalu besar.
  11. Pastikan mempunyai ilmu perniagaan dan pemasaran, mentor, sistem, tindakan luar biasa dan impian yang jelas. Jika belum ada, sila belajar terlebih dahulu dari mentor yang telah berjaya melalui buku, seminar dan bengkel anjuran mereka.
  12. Bertindak dengan berterusan walaupun sedikit setiap hari.
  13. Jangan putus asa. Lakukan SATU bisnes hingga berjaya hasilkan target jualan.
  14. Automasikan bisnes dan jangan jadi hamba pada bisnes sendiri.
  15. Urus kewangan dengan baik dan sentiasa menyimpan wang keuntungan setiap hari.
  16. Follow mereka yang telah berjaya, berkawan bersama mereka dan insyaallah kita akan berjaya seperti mereka.
  17. Teruskan belajar ilmu perniagaan dan pemasaran anda. Laburkan wang untuk menuntut ilmu dan kembangkan perniagaan.

With knowledge and strategies, come profits. Jangan lupa itu. Semoga bermanfaat.



Tuesday 5 January 2016

Minda Usahawan



Aku dulu cukup berminat nak jadi peniaga. Ya, berniaga itu Sunnah. Bak sabda Nabi Muhammad SAW, berniaga itu adalah 9/10 daripada punca rezeki. Dan kita orang Islam sangat digalakkan menjadi kaya sepert sahabat Nabi SAW, iaitu Abdul Rahman ibn' Auf, Uthman ibn' Affan, dan lain-lain supaya kita dapat membantu saudara Ummah yang kesempitan dan memerlukan bantuan kita. 

Tambah lagi ekonomi dunia memang sangat tidak stabil sejak kebelakangan ini. Pekerja makan gaji ada chance untuk ditamatkan perkhidmatan. Pencen awal la, pemberhentian kerja secara pengejut la, VSS la. 

Yang mana pandai berdikari, akan bermula dari bawah balik. Mula berniaga kecil-kecilan sambil ambil pengalaman dan ilmu. Alhamdulillah.

Tapi yang kesiannya apabila perkara berlaku dengan sangat cepat dan ramai yang tak mampu menerimanya. Yang tak mampu menerimanya inilah yang ditakuti bakal menjadi penjenayah hanya kerana mahu cari sesuap nasi. 

Aku dulu pun culture-shock juga. Hampir-hampir terjebak ke kancah jenayah akibat tersepit dalam hutang yang berlambak, ditambah pula dengan berapa hari entah tak makan. Ujian Allah memang sangat berat, tapi Dia maha mengetahui apa yang aku mampu dan apa yang aku mampu. 

So, Minda Usahawan adalah berkisar tentang keupayaan menjana idea kreatif dan menarik yang boleh mendatangkan duit. Walaupun kau bermula dari zero ringgit. Yalah, zero ringgit. Yang ada hanyalah kau pergi menagih ilmu dari sesiapa yang kau jumpa, serta pengalaman berharga yang kau dapat dalam pengembaraan kau. 

Usahawan yang berjaya adalah orang yang menggunakan segala benda yang dia ada untuk memaksimumkan pulangan keuntungan untuknya. Termasuklah benda free sekalipun. Pandai la dia adjust bagi masyuk. 

Dia tak kenal erti putus asa. Kegagalannya adalah sumber inspirasinya, dia tak pernah takut menghadapi kegagalan.1000 kali gagal pun tak apa, asalkan pada akhirnya dia menjadi jutawan. 

Dia tak pernah rely on kuasa duit untuk meningkatkan prestasinya. Baginya duit adalah pemangkin sampingan. 

Itulah minda usahawan sebenar.