Tuesday, 5 January 2016

Minda Usahawan



Aku dulu cukup berminat nak jadi peniaga. Ya, berniaga itu Sunnah. Bak sabda Nabi Muhammad SAW, berniaga itu adalah 9/10 daripada punca rezeki. Dan kita orang Islam sangat digalakkan menjadi kaya sepert sahabat Nabi SAW, iaitu Abdul Rahman ibn' Auf, Uthman ibn' Affan, dan lain-lain supaya kita dapat membantu saudara Ummah yang kesempitan dan memerlukan bantuan kita. 

Tambah lagi ekonomi dunia memang sangat tidak stabil sejak kebelakangan ini. Pekerja makan gaji ada chance untuk ditamatkan perkhidmatan. Pencen awal la, pemberhentian kerja secara pengejut la, VSS la. 

Yang mana pandai berdikari, akan bermula dari bawah balik. Mula berniaga kecil-kecilan sambil ambil pengalaman dan ilmu. Alhamdulillah.

Tapi yang kesiannya apabila perkara berlaku dengan sangat cepat dan ramai yang tak mampu menerimanya. Yang tak mampu menerimanya inilah yang ditakuti bakal menjadi penjenayah hanya kerana mahu cari sesuap nasi. 

Aku dulu pun culture-shock juga. Hampir-hampir terjebak ke kancah jenayah akibat tersepit dalam hutang yang berlambak, ditambah pula dengan berapa hari entah tak makan. Ujian Allah memang sangat berat, tapi Dia maha mengetahui apa yang aku mampu dan apa yang aku mampu. 

So, Minda Usahawan adalah berkisar tentang keupayaan menjana idea kreatif dan menarik yang boleh mendatangkan duit. Walaupun kau bermula dari zero ringgit. Yalah, zero ringgit. Yang ada hanyalah kau pergi menagih ilmu dari sesiapa yang kau jumpa, serta pengalaman berharga yang kau dapat dalam pengembaraan kau. 

Usahawan yang berjaya adalah orang yang menggunakan segala benda yang dia ada untuk memaksimumkan pulangan keuntungan untuknya. Termasuklah benda free sekalipun. Pandai la dia adjust bagi masyuk. 

Dia tak kenal erti putus asa. Kegagalannya adalah sumber inspirasinya, dia tak pernah takut menghadapi kegagalan.1000 kali gagal pun tak apa, asalkan pada akhirnya dia menjadi jutawan. 

Dia tak pernah rely on kuasa duit untuk meningkatkan prestasinya. Baginya duit adalah pemangkin sampingan. 

Itulah minda usahawan sebenar. 

0 comments:

Post a Comment